Maju
Bersama PKG
 
Rangkaian PKG Malaysia mempunyai pelbagai kemudahan yang terkini. Di samping itu juga pelbagai kepakaran boleh didapati di PKG Malaysia samada yang berkaitan bidang dengan teknikal, komputer, komunikasi, teknologi pendidikan dan sebagainya.
Sila kunjungi mana-mana PKG yang berhampiran dengan tempat anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci.
 
 Pusat Kegiatan Guru (PKG) merupakan antara beberapa buah PKG di Negeri Pahang yang tidak mempunyai bangunan sendiri. Diperingkat awal penubuhannya PKG Kuala Krau hanya ditempatan disatu sudut kecil dalam perpustakaan Sekolah Kebangsaan Kuala Krau. Kemudian ia diarahkan pula berpindah ke sebuah bilik di sebelah kantin sekolah dengan sedikit pengubahsuaian. Di sini PKG dapat beroperasi selama lebih kurang tiga tahun dan akhirnya pada tahun 1994 hasil usaha gigih penyelarasnya ketika itu, PKG Kuala Krau telah diberikan sebuah kelas yang lebih kemas dan ceria daripada bilik yang ditempatkan di kantin suatu ketika dulu.

 Walaupun satu bilik darjah namun keadaan bilik yang kecil ini dapatlah dimuatkan dengan beberapa peralatan pejabat, rak-rak buku, ruang mesyuarat, bilik kerja, bilik penyelaras dan perpustakaan mini.Bilik mesyuarat ini selesa untuk memuatkan kira-kira 20 orang sahaja dalam satu-satu masa. Bagi menjalankan aktiviti yang lebih besar dan memerlukan peserta yang lebih ramai maka inisiatif lain terpaksa diambil iaitu dengan membuat aktviti tersebut di mana-mana dewan sekolah ahli ataupun menyewa dewan orang ramai yang ada di pekan Kuala Krau ini.

 Sungguhpun saiz bilk yang kecil dengan hanya satu bilik darjah sahaja namun dari segi aktiviti yang dijalankan tidak jauh berbeza dengan PKG lain yang mempunyai bangunan sendiri. Semua aktiviti seperti bengkel, kursus, mesyuarat seminar dan perbincangan dapat dilaksanakan dengan jayanya.Kerjasama yang baik antara guru-guru, Guru Besar dan Pegawai-pegawai dari Pejabat Pendidikan Daerah Temerloh sangat dihargai yang mana setiap aktiviti yang dijalankan berjaya mencapai objektifnya. Sikap dan keadaan ini haruslah diteruskan ke tahun-tahun yang mendatang agar segala usaha untuk mertabatkan mutu pendidikan hingga ke taraf dunia akan tercapai.