Make your own free website on Tripod.com
Sejarah Penubuhan
Sekolah Kebangsaan Kuala Mai Baru
  Sekolah Kebangsaan Kuala Mai Baru mula beroperasi pada tahun 1969.Tapak asal sekolah ini ialah di Kampung Tanjung Johar. Oleh kerana penduduk kampung ini dipindahkan ke satu penempatan baru iaitu di Kampung Kuala Mai yang ada sekaran maka sekolah di Kampung Tanjung Johar turut dipindahkan juga ke kampung ini dan diberi nama sempena kampung baru tersebut iaitu Sekolah Kebangsaan Kuala Mai Baru.
Laluan masuk ke sekolah seperti yang ada sekarang
 Pada masa yang sama terdapat dua buah sekolah kecil di Kampung Paya Sok dan di Ladang Sungai Mai digabungkan dengan sekolah baru inikerana sekolah-sekolah tersebut menghadapi masalah kekurangan murid dan lokasinya yang agak terpencil berbanding sekolah yang ada sekarang.
Pada peringkat awalnya sekolah ini hanya mempunyai sebuah bangunan yang mempunyai bilik darjah. Ia termasuklah sebuah bilik pejabat, sebuah bilik guru dengan keluasan tanah seluas enam ekar. Pembukaan sekolah ini telah dirasmikan oleh Pengarah Pelajaran Pahang pada ketika itu dan Guru Besar pertamanya ialah Encik Othman Bin Zainal.
Kini Sekolah Kebangsaan Kuala Mai Baru mempunyai 4 buah blok bangunan dengan kapisiti murid seramai 350 orang, 21 orang guru dan 4 orang pekerja.