Make your own free website on Tripod.com
Sejarah Penubuhan
Sekolah Kebangsaan Pualu Pasir Mandi
  Sekolah Kebangsaan Pulau Pasir Mandi telah didirikan pada tahun 1948. Ia adalah hasil kerjasama dan muafakat penduduk-penduk Kampung Bukit Lada, Kampung Kuala Tekal, Kampung Sungai Cheh dan Kampung Pulau Pasir Mandi Sendiri yang mengambil kata sepakat untuk mendirikan sebuah sekolah.
Gambar bangunan sekolah seperti yang ada sekarang
 Nama sekolah ini diambil sempena nama kampung di mana ia didirikan yang berasala daripada sebuah pulau yang terletak di tengah-tengah Sungai Pahang di Kampung ini. Pulau ini masih wujud hingga ke hari ini. Pulau ini menjadi tempat perkelahan penduduk setempat terutamanya ketika air surut di mana pasir di sekeliling ini mulai timbul sepenuhnya.
Sekolah ini terletak di pinggir Sungai Pahang yang jaraknya kira-kira 25 kilometer dari Bandar Temerloh. Bangunan asal sekolah ini beratapkan nipah dan berdinding buluh sahaja. Mejanya pula dibuat daripada kayu bulat. Tapak sekolah asal itu sekarang telah dijadikan tapak rumah guru. Bangunan kedua didirikan pada tahun 1960 masih wujud lagi tetapi hanya dijadikan stor barang dan juga garaj kereta. Bangunan ke tiga dibangunkan pada tahun 70an dan bangunan baru setinggi tiga tingkat dibangunkan pada tahun 1994.
Menurut ceritanya, sekolah ini pernah dijadikan tempat persinggahan SUltan Pahang iaitu Sultan Abu Bakar semasa dalam perjalanan melawat kampung-kampung di sepanjang sungai Pahang.