Make your own free website on Tripod.com
Sejarah Penubuhan
Sekolah Kebangsaan Jenderak Selatan
  Sekolah (LKTP) Jenderak Selatan mula beroperasi pada tahun 1979 dengan menumpang di beberapa buah rumah peneroka yang dijadikan sebagai kelas sementara. Ketika dipermulaan operasinya terdapat enam bilik darjah iaitu tahun hingga tahun enam dengan bimbingan seramai lima orang guru.
Gambar bangunan sekolah seperti yang ada sekarang
 Pada tahun 1989 bangunan baru siap dibina dengan peruntukan kerajaan pusat setelah jumlah murid semakin bertambah iaitu seramai 343 orang dan 20 orang guru. Pada tahun 1990 sebuah bangunan kayu melalui proek gotong-royong dibina bagi menampung pertambahan murid yang semakin ramai.
Pada tahun 1993 pula, bangunan dua tingkat pula dibina yang mengandungi tiga bilik darjah dan sebuah Pusat Sumber yang serba lengkap. Majlis penyerahan rasmi bangunan baru ini telah diadakan pada 2 Disember 1993 dan digunakan dengan rasminya sehari selepas itu.