PKG

Institusi
milik guru
oleh guru
untuk guru...
 

 

 
ICT
 
Information
Communication
Techonology
Latarbelakang PKG Daerah Temerloh
 Pusat Kegiatan Guru (PKG) yang dahulunya dikenali sebagai Pusat Sumber
Pendidikan daerah(PSPD) mula beroperasi sepenuhnya mulai 1 Ogos 1991 iaitu setelah perlantikan PegawaiPenyelaras PKG dibuat . Pada awalnya terdapat tujuh PSPD dalam Daerah Temerloh iaitu:
  PSPD Sekolah Menengah  Sekolah Menengah Sri Bahagia
  PSPD Zon Lanchang  Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang
  PSPD Zon Mentakab  Sekolah Kebangsaan Bandar Mentakab
  PSPD Zon Kuala Krau  Sekolah Kebangsaan Kuala Krau
  PSPD Zon Triang  Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Triang
  PSPD Zon Temerloh  Sekolah Kebangsaan Bandar Temerloh
  PSPD Zon Bera  SekolahKebangsaan LKTP Purun
Setelah penyelarasan semula dibuat akhirnya PKG Daerah Temerloh hanya tinggal enam buah sahaja. Kemudian pentadbiran Pejabat Pendidikaan Daerah Temerloh dipecahkan kepada dua kerana kawasan yang diliputi PPD Temerloh terlalu luas. Akhirnya Pejabat Pendidikan Daerah Bera telah ditubuhkan. Oleh itu PKG Bera dan PKG Triang telah dimasukkan di bawah pentadbiran Daerah Bera. Ini menjadikan PK dalam Daerah Temerloh hanya tinggal empat buah sahaja iaitu:
  PKG Zon Lanchang  Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang
  PKG Zon Mentakab  Sekolah Kebangsaan Bandar Mentakab
  PKG Zon Kuala Krau  Sekolah Kebangsaan Kuala Krau
  PKG Zon Temerloh  Sekolah Kebangsaan Bandar Temerloh

   TERUSKAN